Wednesday, October 15, 2008

Siapa Meor Shariman & Azlina Merican

Meor Shariman adalah pengurus kepada tiga bintang muda - Alif Satar, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim manakala Azlina Merican adalah pengurus kepada Awal Ashaari.

Meor Shariman juga pernah menguruskan boyband X-Factor manakala Azlina Merican pernah menguruskan Adam AF2.

Meor Shariman mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam dunia hiburan tempatan sebagai wartawan dan editor hiburan di sebuah akhbar. Beliau juga seorang penulis skrip filem dan drama tv serta penulis novel prolifik.

Azlina Merican pula mempunyai pengalaman 10 tahun di dalam dunia hiburan tempatan bekerja di EMI Malaysia, MetroVision dan juga Maestro Talent & Management.

Kombinasi pengalaman Meor Shariman dan Azlina Merican digunakan sepenuhnya dalam buku digital e-book 13 Tips Jadi Artis dan bengkel Artis Berjaya tidak lama lagi.

No comments: